froggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photos

(@.@) ($.$) (^.^) (>.<)

Thursday, March 4, 2010

Zizan dan Hani nikah Mac


Zizan dan Hani.


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Siapakah gadis yang bakal menjadi isteri pelakon popular Azizan Nin akhirnya terbongkar!.
Wartawan bebas Juwie telah mengirimkan foto majlis pertunangan Zizan, 36, dengan Fazilah Hani Datuk Harun, 30, dengan berpakaian tradisional Melayu kepada Utusan Malaysia.
Majlis itu berlangsung di rumah keluarga Hani di Ampang Jaya dekat sini pada 18 Disember lalu.
Menurut Hani, majlis pernikahan mereka pula insya-Allah pada 19 Mac depan di Masjid Negara di sini.
Kad jemputan kahwin sempena hari persandingan mereka pada 20 Mac depan sudah mula diedarkan.
Majlis bersanding akan diadakan di Dewan Perdana Felda dekat Jalan Semarak di sini.
Jelitawan bertudung litup ini bertugas sebagai wartawan penyiaran dan penyampaian berita Bahasa Malaysia Edisi 7 di NTV7.
Menurut Hani, dia mula berkenalan dengan Zizan pada Disember 2008 dalam satu majlis di rumah seorang kawannya di sini.
Dari perkenalan itu, mereka terus berkawan dan berhubungan menerusi telefon sehinggalah berbunga perasaan cinta.
Pada 10 Oktober tahun lalu, Zizan ada datang ke majlis jamuan Raya Aidilfitri di rumah keluarga.
Hani dan Juwie sempat merakamkan foto mereka berdua. Tetapi Hani berpesan, jangan keluarkan dulu foto dan kisah mereka sehingga kad jemputan kahwin sudah siap nanti.
Sebagai memegang amanahnya, Juwie menghormati permintaan itu sehinggalah tiba masanya kini barulah boleh disiarkan.
Sebaik saja menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Hani pada 26 Februari lalu mengenai undangan ke majlis persandingannya, Juwie terus menghubunginya menerusi telefon selepas isyak untuk bertanya.
Apakah yang membuat Hani terpikat pada Zizan?
"Dia ada pegangan agama Islam, bersolat, baik hati, penyayang, caring dan senyumannya memikat hati," jawab Hani.
Hani gadis putih melepak, bermata coklat bersinar cantik, bujur sirih, pemalu, akhlaknya bersopan-santun, berbicara lemah-lembut, pandai membaca al-Quran dan senyumannya amat menawan.
Hani dilahirkan pada 1979 di Wisconsin, Amerika Syarikat.
Pada masa itu, ibu Hani iaitu Datin Fatimah Md. Shah, 55, tinggal di sana kerana mengikut suami, Datuk Harun Hashim yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Ekonomi di Universiti Wisconsin.
Selepas itu, Hani lulus Ijazah Bisnes Kewangan dari Universiti Tenaga Nasional (2002), dan memulakan kerjaya di Citi Bank selama 10 bulan.
Kemudian Hani bertukar karier sebagai pramugari MAS (2003-2006) dan menyertai NTV7 sejak 2007.
Menurut Hani lagi, 10 hari selepas bersanding, beliau bersama Zizan dengan ditemani ibu bapanya akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Sebelum ini sudah dua kali Hani mengerjakan umrah dan khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Semasa mengerjakan umrah pada 27 hingga 14 September 2008, Hani pernah berdoa di depan Kaabah agar Allah mempertemukan jodohnya.
Tiga bulan selepas itu, takdir mempertemukannya dengan jejaka yang bakal menjadi suaminya iaitu Azizan Nin.

0 comments:

tunjukkan emosi anda dengAN ICON2 CUTE INI!!:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment