(@.@) ($.$) (^.^) (>.<)

Sunday, March 21, 2010

perkahwinan persandingan zizan nin



MAJLIS persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan
Nin, 37,
dan
Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun
meriah
di Dewan
Perdana Felda, di sini, malam tadi. Pasangan mempelai yang
tiba tepat
pada pukul 9 malam disambut denganpaluan kompang dan
persembahan
pancaragam mengiringi pengantin sehingga
menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.
Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan
menggunakan
gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi
denganbunga-bungaan
yang menceriakan lagi majlis.
Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan
menepung
tawar mempelai menyusul. Ia didahului oleh ibu bapa saudara
pengantin
perempuan diikuti ibu bapanya dan bapa kepada pengantin lelaki.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan
nyanyian
penyanyi undangan dan persembahan nyanyian buat julung kalinya
daripada
rakan baik Zizan, pelakon Tony Eusoff.
Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri
daripada
saudara
mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.
Selain itu beberapa rakan artis seperti Aqasha, Tony Eusof,
Korie serta
rakan-
rakan sekerja Fazilah dari stesen ntv7 turut memeriahkan majlis.
Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac
lalu di
Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.


http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding02.png
http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding05.png
http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding1.png







http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding04.png










































































































































































Persandingan Zizan Sederhana Tapi Meriah














http://farm5.static.flickr.com/4005/4452658034_a6a5fb11bb_o.jpg




http://farm5.static.flickr.com/4034/4451882983_5fa3e06400_o.jpg

0 comments:

tunjukkan emosi anda dengAN ICON2 CUTE INI!!:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment