froggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photos

(@.@) ($.$) (^.^) (>.<)

Thursday, December 23, 2010

cinta tiramisu!

yess. akhirnya cerita seribu kali cinta dah habis!!!! ngeh ngeh.. aku mmg kurg mnt slkit tengok cite ni coz aq x ske pelakon pempuan tu.. tpi cite ni leh than la.. layan la gak!!!



















 than cite ni akna digantikan dengan cerita CINTA TIRAMISU(isnin- khamis, 6.30petang-7.30petang di tv33)











sedikit sinopsis
Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.


Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura. Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3





cerita ini dibintangi oleh
Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.


tapi ape ape pon kite kne tengok dlu cerita ni baru la kite boleh judje sme ade best or not... tapi cerita ni dah menarik hati aq tok terpacak kkol 6.30 di depan tv.. coz ade TIRAMISU!!! aku mmg suka makn tiramisu






ni antara yang paling aku suka!!! 
coklat beryl's tiramisu!!!
mmg sedap la aku ckap. mula2 kta
makan kite akan rasa pahit tapi lme2
rasa pahit tu tukar ke rasa manis aka sedap...
daripada itu kita leh wat ksimpulan jagn menilai seseorg dari pada hari pertama kita bertemu dengan seseorg tu!!!
mcam coklat ni la pada luaran coklat ni nmpak hodoh dan tiada daya penarik.. mula2 makan dah rasa pahit.. tapi klu kite rasa lebih lama akan coklat ni bru kita sedar kesedapan coklat ini... mcam kehidupan kita gakk.


















lagi satu cerita ni turut menunjukkan sifat org lelaki yang aq suka iaitu lelaki yang suka buat kek.. so sweet kan!!!
papepon aq harap cerita cinta tiramisu ni best sebagaimana perasaan aq menikmati rasa tiramisu yang sedap!!!

2 comments:

  1. kalaw aku ade kuar mane2 aku belikan yercoklat nih..tapi x janji...

    ReplyDelete