froggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photosfroggy Pictures, Images and Photos

(@.@) ($.$) (^.^) (>.<)

Sunday, March 21, 2010

perkahwinan persandingan zizan nin



MAJLIS persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan
Nin, 37,
dan
Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun
meriah
di Dewan
Perdana Felda, di sini, malam tadi. Pasangan mempelai yang
tiba tepat
pada pukul 9 malam disambut denganpaluan kompang dan
persembahan
pancaragam mengiringi pengantin sehingga
menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.
Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan
menggunakan
gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi
denganbunga-bungaan
yang menceriakan lagi majlis.
Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan
menepung
tawar mempelai menyusul. Ia didahului oleh ibu bapa saudara
pengantin
perempuan diikuti ibu bapanya dan bapa kepada pengantin lelaki.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan
nyanyian
penyanyi undangan dan persembahan nyanyian buat julung kalinya
daripada
rakan baik Zizan, pelakon Tony Eusoff.
Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri
daripada
saudara
mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.
Selain itu beberapa rakan artis seperti Aqasha, Tony Eusof,
Korie serta
rakan-
rakan sekerja Fazilah dari stesen ntv7 turut memeriahkan majlis.
Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac
lalu di
Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.


http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding02.png
http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding05.png
http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding1.png







http://i613.photobucket.com/albums/tt219/are_realize/ZizanBersanding04.png










































































































































































Persandingan Zizan Sederhana Tapi Meriah














http://farm5.static.flickr.com/4005/4452658034_a6a5fb11bb_o.jpg




http://farm5.static.flickr.com/4034/4451882983_5fa3e06400_o.jpg

Gambar Majlis Tunang Zizan Nin

Gambar Majlis Tunang Zizan Nin

Lagi gambar menyusul

gambar zizan nin nikah!!!!!!!!!!



         

Saturday, March 20, 2010

Zizan Nin Kahwin Pembaca Berita NTV7 Fazilah Hani Harun 19.03.2010

 
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan Datuk Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651.
Dengan hanya sekali lafaz, Zizan yang kini memikul tanggungjawab sebagai suami menzahirkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang sejak beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar.
“Perasaan saya ketika ini macam tidak percaya sudah jadi suami orang. Perancangan selepas ini kami sekeluarga akan mengerjakan umrah pada 31 Mac selama 10 hari. Selepas itu saya akan balik menyambung tugas penggambaran drama di Korea selama dua minggu dan selepas itu baru kami pergi berbulan madu,”katanya.
Sementara itu, Fazilah Hani mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi. Katanya, dia sangat gembira terharu dan menganggap sudah suratan dan jodohnya dengan pelakon itu.
“Bagi saya Zizan seorang lelaki yang baik, kelakar dan dia seorang yang pandai masak. Saya senang bersama dengannya.
“Kami harap hubungan ini sampai ke akhir hayat,” jelasnya.
Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, Zizan memberitahu bahawa dia tidak merancang tetapi menyerahkan segalanya kepada Allah, namun dia berharap akan mendapat cahaya mata secepat yang mungkin bagi mewarnai kehidupan rumah tangganya.
Pada majlis itu, Hani menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM20,000 dan membalas kepada Zizan dengan sembilan dulang hantaran.
Antara barang hantaran yang diberi pihak Zizan kepada Hani terdiri dari Sirih junjung, kain telekung, beg tangan, Kasut, Mas kahwin bernilai RM 651, cek bernilai RM20,000, dan barangan mekap.

Zizan Nin & isteri bergambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak
Manakala Zizan pula menerima Al-Quran, Manisan, tali pinggang, set penjagaan kuilit, minyak wangi, kasut, kemeja, minyak wangi dan sirih junjung.
Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam esok di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.



Tags:

Friday, March 19, 2010

cinta sejati

tak semua yag berpeluang untuk mengalami cinta sejati.. ... tapi kwan aq pernah dan sedang mengalami nye.. selama ini aq just dengr dari phk laen hari ni aq dngr dari kwn aq sendiri.. sedih sangat

kawan aq tu nme dieq H dieq ade pakwe name A... diorg sweet caple dlam gang kami lepas kema... pakwe dieq kasi dieq ank patung besar sngt.. klu nak dikirakan paras bahu org dewsa . tembab lak tu bear tu. haha
depa cadang nak jumpa khamis ni mse cuti pnjg bulan 3. 2010. sepanjg depa kapel depa tk pnah jumpe so kira nyeq depa first time jumpe... lagi pun laki tu ade pnykit dan bkl dibedah...laki tu tkut klu dieq bedah nnti die akn hilang ingatan so dieq nak la jumpa H.

lagi beberapa hari lagi depa nak jumpa, H dapt berita yg pakwe dieq kemalangan dan koma... kepala laki tu tersepit kat kaca.... yg paling sedihnyeq kawan laki tu sendiri yg langar coz kawan dieq tu mabuk... pastu ade lak orh yg wat cite yg H ngn pakwe dieq gaduh dan A tu nak bunuh diri dan duduk kar tengah jalan.... kiranya keluarga A tu salahkn H la.. selamat la ade org yg still percaya kat H iaitu pak su A... paksu tu kate klu anak sedare dieq percayakan H tkkan paksu tk leh nak percaya kat hajar.

pak su tu kate yg A nangis coz teringt kat H.. dan A sellu sebut name H. cinta sungguh la kan... mase mlam H bace yassin paksu call lepas Habis baca dan paksu kate A asyik sebut name H je... H memang nngis la.. mase baca yassin pun H nangis... doktor kate yg wayar kat badan A kne tnggal... jantug A pun pernah berhenti seketika... tapi dpt diselamatkan dan A lemah...  doktor kate yg A tak de harapan dah. bile2 mase je nyawa Aleh pergi


aq sebagai kawan ko aq just leh kasi sokongan kat ko.. bce yassin tuk korg.. aq pun harap yg A tu akan hidup.. kepada Hkuat kan semangat ye.... kami syang ko H.

Monday, March 15, 2010